Tuesday, August 5, 2014

BOIKOT DAN ISRAEL BERPISAH TIADA

..Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Semenjak dua menjak ini, isu pemboikotan semakin rancak berlaku di serata dunia..tidak terkecuali negara kita juga..sebenarnya isu boikot ni sentiasa berlaku lebih-lebih lagi melibatkan isu KEKEJAMAN REJIM ZIONIS yang menceroboh tanah PALESTINE di Timur Tengah..

''Boikot Biar Berhemah''
Umum juga mengetahui apa yang telah terjadi di GAZA..pelbagai berita tentang kerakusan REJIM ZIONIS meratah melauk-laukkan penduduk Palestine di Gaza. Laman media sosial seperti Televisyen / Berita / Suratkhabar / Facebook / Twitter dan lain-lain telah memberikan informasi yang terkini situasi kritikal yang berlaku di sana..sudah beribu mangsa terkorban, pejuang Hamas berjuang bertempur dengan Zionis. tak perlu gua ulas panjang-panjang tentang perkara ini. Hal ini kerana, dunia sedang memerhati siapakah PENGGANAS sebenar di muka bumi ini....Boikot..Boikot...biar berhemah...dapatkan fakta yang betul sebelum membuat sebarang usulan ataupun pendapat di laman media..

''JANGAN BUAT-BUAT TAHU..TAPI BODOH ITIK MEMANDAI KELUARKAN FAKTA''

..Bagi gua, gua lebih suka memerhati dan lihat fakta yang betul..jangan terlalu obses dan taksub sehingga mengabaikan apa yang benar..kalau nak boikot, boikot betul-betul..jangan hanya ikut TREND dan BERMUSIM..dikhuatiri nanti orang akan kata anda ni ''HANGAT-HANGAT TAHI BABUN''..Boikot apa yang termampu...sebab ramai sangat yang jadi ''KEYBOARD WARRIORS'' kat laman sesawang ni..

Apa-apa pun...sama-samalah kita berdoa untuk saudara kita di Palestine agar mereka dilindungi dari kekejaman Zionis Yahudi..

#PRAYFORPALESTINE
#PRAYFORGAZA


P/s: Gua Boikot yang mana gua mampu..walau kecil sumbangan asalkan ikhlas dari hati nurani ini. HIDUP GAZAAAAAA!!!!!



Friday, August 1, 2014

PROTON SATRIA NEO R3 TRANQUILITY BLACK- MILIK IZZAT MIRZA FIRDAUS

PROTON SATRIA NEO R3 A.K.A MR BLACKIE

..Bila berbicara tentang kereta, kaum Adam selalu dikaitkan dengan kenderaan ini. Samalah macam gua ni..gua pun suka..dulu sebelum pakai kereta ni, aku seorang penunggang skuter yang comel..tetapi disebabkan gua ni nak juga merasa memiliki sebuah kereta untuk digunakan berjalan jauh (walaupun gua ni tak berapa nak ngam dengan jalan-butajalan)...

Sebelum gua mendirikan rumah tangga, gua berusaha untuk memiliki sebuah kereta..Alhamdulilah lah tercapai hajat tersebut..kereta idaman gua ni sangat biasa sahaja...nak beli kereta sport ala-ala LAMBORGHINI tak mampu..apatah lagi nak memiliki kereta seperti FERRARI..SUBARU...mahal installment bulan-bulan tu..

Tapi, gua sebenarnya da ada pun pilihan di hati..wekkkk~hahahaaa..so..da baca tajuk post di atas tu..itulah pilihan hati gua..

'Mr Blackie'

'Mr Blackie disabunkan'

Haaa..itulah pilihan hati gua..ramai kawan gua mempertikaikan kenapa beli kereta dua pintu..haishhh..sporty car ini lorrr..setakat ini kereta pilihan gua ni tidak pernah meragam seperti seekor cencurut yang buasir....


p/s: Memang Sporty..Leather seat..interior seperti kereta sport sebenar...tak percaya?pergi test drive la kat proton....

Thursday, July 31, 2014

..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014..KEMBALINYA SANG RAJA RAKUN......

..Assalamualaikum w.b.t..

horaaa..horaaa..kunn..
First of all, gua mau ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...kepada muslimin dan musliman sekalian..
fuhh..fuhhhh..da berhabuk blog gua ni..da lama tidak berblog..kerana terlalu sibuk dengan urusan.. tau..hahahaa..sempena raya ni..gua nak mohon 'MAAF AMPUN SUSUN SEPULUH JARI kalau terkasar bahasa atau terlebih carutan sebelum ni....beraya sebagai seorang suami & ayah ni membuatkan gua rasa 'happy' dan sangat bernafsu nak sambut raya....INSYALLAH..gua akan kembali aktif berblogging di arena blog ini...yihaaaaaa~

xpe..hangpa layan dulu lah gambar di bawah ini; JANGAN BIAR HIDUNG ANDA DIKOREK SENDIRI..;p

Gua dan Isteri gua beraya di Batu Pahat(umah belah mentua ni)

'pengapit gua masa sanding (Kamarol & Aeidah)'

'Isteri gua dengan anak-anak buah beraya'

'ehem-ehem...sejoli ni..'

' Beraya bersama Isteri & anak kami Ryan'

..Raya tahun ni meriah lah jugak sebab ramai anak-anak buah yang meriuhkan suasana..sampai naik kedondong gua nak layan....apa-apa sekalipun...janganlah kita lupakan saudara sesama kita di PALESTINE yang sedang berjuang mempertahankan tanah mereka daripada kekejaman REJIM ZIONIS...

#PRAY FOR GAZA
#PRAY FOR MH17
#PRAY FOR MH370


~SEKIAN DARI GUA DAN SEKELUARGA~

-