Tuesday, August 5, 2014

BOIKOT DAN ISRAEL BERPISAH TIADA

..Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Semenjak dua menjak ini, isu pemboikotan semakin rancak berlaku di serata dunia..tidak terkecuali negara kita juga..sebenarnya isu boikot ni sentiasa berlaku lebih-lebih lagi melibatkan isu KEKEJAMAN REJIM ZIONIS yang menceroboh tanah PALESTINE di Timur Tengah..

''Boikot Biar Berhemah''
Umum juga mengetahui apa yang telah terjadi di GAZA..pelbagai berita tentang kerakusan REJIM ZIONIS meratah melauk-laukkan penduduk Palestine di Gaza. Laman media sosial seperti Televisyen / Berita / Suratkhabar / Facebook / Twitter dan lain-lain telah memberikan informasi yang terkini situasi kritikal yang berlaku di sana..sudah beribu mangsa terkorban, pejuang Hamas berjuang bertempur dengan Zionis. tak perlu gua ulas panjang-panjang tentang perkara ini. Hal ini kerana, dunia sedang memerhati siapakah PENGGANAS sebenar di muka bumi ini....Boikot..Boikot...biar berhemah...dapatkan fakta yang betul sebelum membuat sebarang usulan ataupun pendapat di laman media..

''JANGAN BUAT-BUAT TAHU..TAPI BODOH ITIK MEMANDAI KELUARKAN FAKTA''

..Bagi gua, gua lebih suka memerhati dan lihat fakta yang betul..jangan terlalu obses dan taksub sehingga mengabaikan apa yang benar..kalau nak boikot, boikot betul-betul..jangan hanya ikut TREND dan BERMUSIM..dikhuatiri nanti orang akan kata anda ni ''HANGAT-HANGAT TAHI BABUN''..Boikot apa yang termampu...sebab ramai sangat yang jadi ''KEYBOARD WARRIORS'' kat laman sesawang ni..

Apa-apa pun...sama-samalah kita berdoa untuk saudara kita di Palestine agar mereka dilindungi dari kekejaman Zionis Yahudi..

#PRAYFORPALESTINE
#PRAYFORGAZA


P/s: Gua Boikot yang mana gua mampu..walau kecil sumbangan asalkan ikhlas dari hati nurani ini. HIDUP GAZAAAAAA!!!!!



Friday, August 1, 2014

PROTON SATRIA NEO R3 TRANQUILITY BLACK- MILIK IZZAT MIRZA FIRDAUS

PROTON SATRIA NEO R3 A.K.A MR BLACKIE

..Bila berbicara tentang kereta, kaum Adam selalu dikaitkan dengan kenderaan ini. Samalah macam gua ni..gua pun suka..dulu sebelum pakai kereta ni, aku seorang penunggang skuter yang comel..tetapi disebabkan gua ni nak juga merasa memiliki sebuah kereta untuk digunakan berjalan jauh (walaupun gua ni tak berapa nak ngam dengan jalan-butajalan)...

Sebelum gua mendirikan rumah tangga, gua berusaha untuk memiliki sebuah kereta..Alhamdulilah lah tercapai hajat tersebut..kereta idaman gua ni sangat biasa sahaja...nak beli kereta sport ala-ala LAMBORGHINI tak mampu..apatah lagi nak memiliki kereta seperti FERRARI..SUBARU...mahal installment bulan-bulan tu..

Tapi, gua sebenarnya da ada pun pilihan di hati..wekkkk~hahahaaa..so..da baca tajuk post di atas tu..itulah pilihan hati gua..

'Mr Blackie'

'Mr Blackie disabunkan'

Haaa..itulah pilihan hati gua..ramai kawan gua mempertikaikan kenapa beli kereta dua pintu..haishhh..sporty car ini lorrr..setakat ini kereta pilihan gua ni tidak pernah meragam seperti seekor cencurut yang buasir....


p/s: Memang Sporty..Leather seat..interior seperti kereta sport sebenar...tak percaya?pergi test drive la kat proton....

Thursday, July 31, 2014

..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014..KEMBALINYA SANG RAJA RAKUN......

..Assalamualaikum w.b.t..

horaaa..horaaa..kunn..
First of all, gua mau ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...kepada muslimin dan musliman sekalian..
fuhh..fuhhhh..da berhabuk blog gua ni..da lama tidak berblog..kerana terlalu sibuk dengan urusan.. tau..hahahaa..sempena raya ni..gua nak mohon 'MAAF AMPUN SUSUN SEPULUH JARI kalau terkasar bahasa atau terlebih carutan sebelum ni....beraya sebagai seorang suami & ayah ni membuatkan gua rasa 'happy' dan sangat bernafsu nak sambut raya....INSYALLAH..gua akan kembali aktif berblogging di arena blog ini...yihaaaaaa~

xpe..hangpa layan dulu lah gambar di bawah ini; JANGAN BIAR HIDUNG ANDA DIKOREK SENDIRI..;p

Gua dan Isteri gua beraya di Batu Pahat(umah belah mentua ni)

'pengapit gua masa sanding (Kamarol & Aeidah)'

'Isteri gua dengan anak-anak buah beraya'

'ehem-ehem...sejoli ni..'

' Beraya bersama Isteri & anak kami Ryan'

..Raya tahun ni meriah lah jugak sebab ramai anak-anak buah yang meriuhkan suasana..sampai naik kedondong gua nak layan....apa-apa sekalipun...janganlah kita lupakan saudara sesama kita di PALESTINE yang sedang berjuang mempertahankan tanah mereka daripada kekejaman REJIM ZIONIS...

#PRAY FOR GAZA
#PRAY FOR MH17
#PRAY FOR MH370


~SEKIAN DARI GUA DAN SEKELUARGA~

-

Sunday, August 4, 2013

KESIBUKAN GUA MENGALAHKAN BARACK OBAMA!!!!!

Holaaaaa allz....


..perghhhhhh..berhabuk tahap cipan BLOG gua ni..lama sudah gua tak meng'up to date' BLOG gua ni....first of all..sorry kerana gua golongan manusia yang sangat sibuk..bukan buat2 sibuk tau..memang gua sibuk spanjang setahun ni...maklumlah...gua kena handle gua punyaa restoran tau...sibuk ni tau...huhuuuu...


..anyway....gua sangat gumbira cha cha kerana kembali menyemak dalam arena BLOG ini...yihaaaaa!!!



p/s: gamba lampiran tiada kena mengena..tapi sebenarnya...gua lah superman yang merendah diri...wohahaaaa~

MC DONALDS ANNUAL DINNER....GUA PENGACARA HABAQ HANG...!!!!





Tuesday, November 1, 2011

BRUNO MARS -JUST THE WAY YOU ARE (COVER VERSION)


Assalamualaikum...>_< haiii2...lamo da tak update blog..kui3...hari ni aku nak update lagu je..lagu bruno mars yang 'just the way u are tu lah...tapi versi aku...tah sedap ke tidak kan....best lagunya tu..tu yang aku try wat cover lagu tu...heeee.,..so..korang layan la sendiri...aku nak main PES2012 ni...


heheeee...da layan da??so..hope korang suke ye...

p/s: sori lah bruno mars coz rosakkan lagu hang...puiiii~~~

Thursday, October 27, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS



Assalamualaikum semua...ahaaaa..mai-mai join kempen ni..ramai-ramai baru best...
ape??ingat pilihan raya je ade kempen??

So..aku dengan rasa bangga macam rakun ingin mengkecohkan kempen ini buat semua...best ape..kepada sesiapa/blogger yang nak tingkatkan jumlah followers,boleh lah join ni..heheee...jom klik kat sini TERJAL BICARA...janganlah nak malu-malu ok...mai pakat-pakat ke link itu....


Wednesday, October 26, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # MY GUITAR'S

they're my 'baby'




p/s: thankz arianna..thankz ibanez..thankz sakura..n thankz old kapok..

WORDLESS WEDNESDAY #LEVI'S 1853


-LEVI'S MOOD-






p/s: teringin jadi model levi's..puiiiii~~~

Monday, October 24, 2011

RAINS IN HOLIDAY

Assalamualaikum...agak lamo juga aku tak meng'update'kan blog ni..adalah dalam beberapa hari...huhuuu..bukan apa aku tak update...ari jumaat ari tu aku diserang oleh DEMAM BATUK cap kahak sakit kepala sengal otot bontot....penat aku asyik batuk je...then keesokan harinya pula aku dengan family aku holiday kat TIARA BEACH RESORT...alaahh yang atas sikit dari TELUK KEMANG...dengan keadaan aku yang masih lagi 'segar' demam pun kena juga pergi...2 hari..macam biasalah..tempat resort compom nak kene terjun dalam air..hahahaa..aku gagahkan diri macam superman terjun dalam air...sejuk toksah nak kata la..menggigil aku macam kambing....hahahaaaaa...nah aku sajikan beberapa gambar percutian aku dan family aku tempoh hari...aku nak p bagi hemster aku makan jap...wachaaa~~~~

''aku ngan adik aku si efy''

'sebelum nak bertolak''

''ko pehal ucop??!!nak berak ke?''

''view from our room...wuuu''

''ibu dan ayah aku lah tu..''

''ibu..d sini...


''budak muncit efy ngan ibu aku..hahaaa''

''santai..santai...

''anok sapo lah tu..aku pon xkenal..

''tiara beach resort''
selalunya kat tempat itulah family aku bercuti mandi manda...bermalam kat hotel kat situ..seronok juga..every year memang kalau tak sekali,mesti dua kali p sana...rehat-rehatkan minda..tenang-tenangkan fikiran...seronok..


p/s: sudahnya..batok aku masih ada lagi...urghhhhh!!!demm!!



Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # MY IBU

AKU SAYANG IBU


14 MAC 2011

''15 MAC 2011''

''16 MAC 2011''

''27 JUN 2008''
11 NOVEMBER 2010

24 MEI 2010
p/s: tidak terkira rasanya gambar aku dan ibu yang ada dalam folder lappy aku ni...dari aku sekolah smpai lah sekarang ni...ibu tetap nampak muda...dan tetap yang terbaik dalam hidup aku...sayang ibu aku...









AKU DI KONVENSYEN MCDONALD'S

Haiii...haiiii...pagi..pagi..kui3...hari tu 14hb Oktober 2011..aku menyertai konvensyen assistant manager mcdonald's kat sunway convention centre...wuuuuu...ramai habaq hang...1malaysia kot yang datang...dari johor..melaka..sarawak...semua manager mcdonald's seluruh malaysia datang konvensyen...macam-macam jenis rupa ada....macam biasalah konvensyen kan...siang dengarlah ceramah sikit pasal target dan berkaitan mcdonalds...aku ni antara manager yang mewakili area CITY LION..




serius agak seronok gak la...but yang paling seronok pabila time DINNER...wahhhh...sebelum terlupa..tema dinner tu 1malaysia..kena dress ikut salah satu warna bendera malaysia la..pergghhh..time ni..macam-macam rupa dan pakaian yang aku tengok la...AG hotfm jadi MC woooo...tapi aku tak la amek banyak sangat gambar kot..maklumla aku malam tu tercalon 'BEST DRESS MALE'' ..hahahaaa...yang mana sempat aku amek...sumpah aku tak tipu...

''time ni bunyi muzik macam haram..bapak kuat!!''

''yang berdiri belah kiri tu lah aku punya OC...kak maisarah..''

''lampu da bukak da...

dan sebelum nak dinner je aku sempat bergambar...hehehhh..tu pun pakai kamera henset aku yang tah ape2 tah...hahahaaaa...sori kalau gambar kurang jelas...maklumlah...

''dari kiri kak mai(OC),Sara Casanova(Managing Director
Mcdonald's Malaysia), aku daaaaa....''

''yang belah kiri sekali tu wawa..2nd assistant
stor aku...hahaaa...kecik orangnya..

''ok..aku tau aku hensem..hahaaa..dressing
camni pun boleh menang best dress male?!!

heheee...itulah yang mana aku sempat snap kan...huhuuu....tapi malam dinner tu memang best...coz yang pertama..aku tercalon 'best dress male'..kedua aku kena menari kat atas pentas..gilo..ketiga aku menang!!!!ada 7 pasangan yang tercalon...aku adalah dipasangkan dengan awek sorang tu..lupa namanye..manager dari stor mana pun aku tak ingat...hehee...dia menang 'best dress female'..ewahhh..terima kasih kat OC aku, kak maisarah coz dialah yang calonkan aku...>_<

p/s: menang dapat duit woooo...dapatlah RM150 tau...jangan jeles...:P





Tuesday, October 18, 2011

AKU BERADA DI TAHUN 1950-AN????

Pepagi buta macam ni mood aku agak poyo sikit..kahh3...nasib lah...nak sangat cakap aku poyo kan...memang la..ada aku kesah??heheee..alaaa..ok2..enough2..bukan apa,saja je nak kecoh sikit...adalah beberapa gambar diri aku sendiri yang aku suka sangat..bukan apa..gambar tu seolah-olah aku macam berada di zaman hitam putih...serius aku rasa macam tu(poyo!!)...xpercaya?? tengok lah sendiri...wekkkk~~~





heheheeee...betulkan...ahhhh..lain orang,lain penghayatannya...ye dak..wekkk...time ni
aku kat SARAWAK...lamo da tak balik sana...sekali sekala balik,terasa jugak rindunya....
so...kalau suka gambar-gambar di atas,silalah tepuk siku ramai-ramai sebagai tanda
suka sangat2...>_<


p/s: i'm proud to be SARAWAKIAN BOY...

Monday, October 17, 2011

SUPERMAN LAWAN SEPUKMAN

Selamat pagi guys....heheheee...kali ni entri aku tak nak cite banyak...tapi biar superman dan sepukman je yang cite tok korang...biar gambar diorang je yang bercakap....heheee...ok2...kat sini aku ada la buat or cipta dua karakter superhero...superman tu aku just create je balik dari original karakternye...but yang satu lagi ni...korang memang tak pernah tengok...so...adakah banyak perbezaan antara dua ekoq superhero ni???saksikan...

''mana budak yang nak bajet macam aku tu??''

dan di bawah inilah....mr.SEPUKMAN yang macam haram...hahahaaaaa...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
''aku sedar diri lah..sial ko RAINSSS!!!''
p/s: aku dulukan asyik membayangkan yang aku ni adalah superhero...kalaulah aku ni superhero...hmnnn..
nak berak pong tak senang kot...hahahaaa...