Tuesday, August 5, 2014

BOIKOT DAN ISRAEL BERPISAH TIADA

..Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Semenjak dua menjak ini, isu pemboikotan semakin rancak berlaku di serata dunia..tidak terkecuali negara kita juga..sebenarnya isu boikot ni sentiasa berlaku lebih-lebih lagi melibatkan isu KEKEJAMAN REJIM ZIONIS yang menceroboh tanah PALESTINE di Timur Tengah..

''Boikot Biar Berhemah''
Umum juga mengetahui apa yang telah terjadi di GAZA..pelbagai berita tentang kerakusan REJIM ZIONIS meratah melauk-laukkan penduduk Palestine di Gaza. Laman media sosial seperti Televisyen / Berita / Suratkhabar / Facebook / Twitter dan lain-lain telah memberikan informasi yang terkini situasi kritikal yang berlaku di sana..sudah beribu mangsa terkorban, pejuang Hamas berjuang bertempur dengan Zionis. tak perlu gua ulas panjang-panjang tentang perkara ini. Hal ini kerana, dunia sedang memerhati siapakah PENGGANAS sebenar di muka bumi ini....Boikot..Boikot...biar berhemah...dapatkan fakta yang betul sebelum membuat sebarang usulan ataupun pendapat di laman media..

''JANGAN BUAT-BUAT TAHU..TAPI BODOH ITIK MEMANDAI KELUARKAN FAKTA''

..Bagi gua, gua lebih suka memerhati dan lihat fakta yang betul..jangan terlalu obses dan taksub sehingga mengabaikan apa yang benar..kalau nak boikot, boikot betul-betul..jangan hanya ikut TREND dan BERMUSIM..dikhuatiri nanti orang akan kata anda ni ''HANGAT-HANGAT TAHI BABUN''..Boikot apa yang termampu...sebab ramai sangat yang jadi ''KEYBOARD WARRIORS'' kat laman sesawang ni..

Apa-apa pun...sama-samalah kita berdoa untuk saudara kita di Palestine agar mereka dilindungi dari kekejaman Zionis Yahudi..

#PRAYFORPALESTINE
#PRAYFORGAZA


P/s: Gua Boikot yang mana gua mampu..walau kecil sumbangan asalkan ikhlas dari hati nurani ini. HIDUP GAZAAAAAA!!!!!



There was an error in this gadget